1960 Penerokaan satu kawasan oleh sekumpuan petani di Batu 9 Jalan Kuantan -Gambang untuk dijadikan dusun dan tempat tinggal.
1961 Penempatan baru ini dinamakan Kampung Jaya Gading.
1961 Mesyuarat pelantikan Ketua Kampung dan JKKK Kampung Jaya Gading yang pertama.
1962 Kerajaan telah membina sebuah Balairaya dan sebuah Surau (kini Kelas Bina Insan untuk Kegiatan Wanita) Kampung Jaya Gading.
1963 Penubuhan UMNO Cawangan Jaya Gading dengan keahlian seramai 60 orang.
1963 Keberangkatan DYMM Sultan Abu Bakar kali pertama ke Kampung Jaya Gading.
1964 Ketua Kampung dan JKKK Kampung Jaya Gading diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang.
21 Disember 1964 Majlis Perasmian Kampung Jaya Gading, di samping Perasmian Balairaya, Surau dan Padang Bola.
1965 Pekan Sehari Kampung Jaya Gading diwujudkankan.
1965 Peristiwa hitam apabila seorang penduduk baru (Mat Zin) tiba-tiba kurang siuman telah mengamok menggunakan 2 bilah parang, telah membunuh seorang penduduk dan mencedera parahkan 2 orang lagi.
1969 Keberangkatan DYMM Sultan Abu Bakar ke Kampung Jaya Gading.
12 September 1969 Perasmian Masjid Kampung Jaya Gading disempurnakan oleh DYMM Sultan Abu Bakar (kini Sekolah Agama Rakyat (KAFA) Jaya Gading).
1970 Pembinaan awal 30 buah gerai di simpang masuk Kampung Jaya Gading (kini Bandar Baru Jaya Gading)
1970 Penubuhan Pergerakan Wanita dan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jaya Gading.
20 Mei 1972 Tuanrumah Khemah Kerja Belia peringkat Negeri Pahang dirasmikan oleh YB. Tan Sri Ghazali Shafie dan pelancaran perkataan “BENA” iatu Belia Erat Negara Aman.
23 Mei 1972 Sebuah Dewan Orangramai telah di bina secara gotong royong oleh peserta Khemah Kerja Belia dan penduduk kampong (kini Dewan Jubli Jaya Gading setelah beberapa kali dibaikpulih)
1975 Keberangkatan KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah dalam Program Lawatan ke Kampung-Kampung dalam Parlimen Maran.
1975 Dipilih sebagai Kampung Contoh oleh Pejabat Daerah Kuantan.
1979 Kerajaan Negeri Pahang membeli 2 lot Kebun Getah seluas 38 ekar sebagai tapak Pusat Perkhidmatan Bandar Baru Jaya Gading.
30 Mei 1982 Perasmian Bangunan UMNO Cawangan Jaya Gading oleh YAB. Dato’ Mohd Najib B. Tun Haji Abd Razak (Menteri Besar Pahang ke 12).
30 Mac 1984 Tuanrumah Majlis Musabaqah Al-Quran peringkat Mukim Kuala Kuantan dirasmikan oleh YAB. Dato’ Haji Abd Rashid B. Haji Abd Rahman (Timbalan Menteri Besar Pahang).
11 Januari 1985 Sambutan 25 Tahun (Jubli Perak) Kampung Jaya Gading. Dewan Orangramai dengan rasminya dinamakan Dewan Jubli Kampung Jaya Gading.
11 Januari 1985 Pekan Sehari Kampung Jaya Gading diwujudkan semula pada setiap petang Jumaat hingga ke malam.
1986 Pusat Perkhidmatan Jaya Gading diwujudkan dan dinamakan Bandar Baru Jaya Gading.
14 Januari 1989 UMNO Cawangan Jaya Gading diluluskan semula melalui UMNO Bahagian Pekan oleh Pendaftar Pertubuhan setelah diharamkan akibat konflik UMNO Malaysia.
1994 Pelantikan En. Wan Muhamad B. Wan Bakar sebagai Ketua Kampung Jaya Gading ke 2.
7 Mac 1995 Majlis Hariraya Aidil Fitri bersama Anak Yatim, Bakal Jemaah Haji, JKKK dan Badan -Badan Sukarela Kampung Jaya Gading di Dewan Jubli Kampung Jaya Gading.
24 April 1995 Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Jubli Kampung Jaya Gading bersama YAB. Tan Sri Dato’ Haji Mohd Khalil B. Yaakob (Menteri Besar Pahang ke 13@ ADUN Lepar) dan YB. Dato’ Dr. Siti Zaharah Bt. Sulaiman (Ahli Parlimen Paya Besar).
13 & 14 Jun 1995 Program Penukaran Kad Pengenalan Baru (KPT) dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Kuantan di Balairaya Kampung Jaya Gading.
6 Januari 1996 Memohon merezabkan Tanah Perkuburan, Masjid dan Tapak Masjid Baru kepada Pentadbir Tanah Kuantan melalui Majlis Ugama Islam Pahang.
1 Mac 1996 Pelantikan En. Abu Sahary B. Alias sebagai Ketua Kampung Jaya Gading Ke 3.
28 April 1996 Solat Hari Raya Aidil Adha dan Majlis Korban 1416 Hijrah bersama YAB. Tan Sri Dato’ Haji Mohd Khalil B. Yaakob (Menteri Besar Pahang ke 13 @ ADUN Lepar) di Perkarangan Masjid Kampung Jaya Gading.
24 Mei 1996 Majlis Tahlil 50 Tahun UMNO dan Ceramah Agama di Masjid Kampung Jaya Gading.
1998 Disenaraikan sebagai Kampung Gerakan Desa Wawasan KEMAS Parlimen Paya Besar.
19 Oktober 1999 Kelulusan merezabkan Tapak Dewan Orangramai Kampung Jaya Gading oleh Pejabat Tanah Kuantan.
10 September 2000 Program Gotong Royong Perdana Kampung Jaya Gading dirasmikan oleh YB. Tuan Haji Ahmad Tajuddin B. Haji Sulaiman, ADUN Lepar.
30 September 2000 Program Ceramah Perdana di Padang Jaya Gading selepas Solat Isyak.
15 September 2002 Program Mesra Rakyat JKKK bersama YB. Dato’ Haji Ahmad Tajuddin B. Haji Sulaiman, ADUN Lepar di Dewan Jubli Jaya Gading.
2 November 2002 Majlis Tilawah Al-Quran bersama JKKK dan Masjid di Padang Kampung Jaya Gading.
27 Februari 2003 Kenduri Kesyukuran Gerakan Desa Wawasan di Masjid Kampung Jaya Gading selepas Solat Isyak.
18 Mac 2003 jam 9 pagi Keberangkatan KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah ke Tapak Masjid Baru Kampung Jaya Gading.
20 Oktober 2004 Perasmian Masjid Baru Kampung Jaya Gading dan Jamuan Berbuka Puasa disempurnakan oleh KDYMM Sultan Haji Ahmad Shah.
1 September 2009 Pelantikan semula En. Abu Sahary B. Alias sebagai Ketua Kampung Jaya Gading.